Terma Dan Syarat

Selamat datang ke Lockdown20.com. Anda perlu membaca keseluruhan dan memahami syarat dan terma yang telah ditetapkan sebelum mendaftar. Berikut adalah terma & syarat.

 

Terma

Syarikat: Merujuk kepada pemilik yang menguruskan website ini

Website: Merujuk kepada laman web beralamat di lockdown2.com  & iklanviral.net

Pelanggan: Merujuk kepada anda sebagai pelanggan laman web

Produk Digital: Merujuk kepada produk yang pihak syarikat berikan kepada anda dalam bentuk portal, ebook, software, video, apps dan sebagainya

Syarat

1. Produk dan Perkhidmatan
Kami di Lockdown20.co menawarkan pakej keahlian (Membership) dimana harga yang anda bayar sebanyak RM20 (Samaada terus kepada syarikat atau wakil kami yang berbentuk PIN) adalah sebagai akses kepada produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepda pelanggan seperti anda. Produk dan perkhidmatan yang kani tawarkan ialah laman portal laman iklan (iklanviral.net) dan akses kepada produk digital kami (EBook, Software, apps dsb) dan invois pembayaran boleh anda download dan cetak dari laman web oelanggan.

2. Maklumat Pendaftaran
Untuk menjadi pelanggan kami, anda perlu mendaftar masuk terlebih dahulu. Anda hendaklah mendaftar dengan memasukkan maklumat yang betul. Setiap individu hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja. Sebarang maklumat palsu boleh menyebabkan anda dihalang untuk terus mengakses ke dalam laman web ini.. Pihak syarikat akan menjaga sebarang maklumat anda sebaik mungkin.

3. Polisi Pemulangan dan Ganti Semula
Oleh kerana kami menawarkan produk digital, tiada tawaran untuk anda memohon untuk pemulangan atau pertukaran dengan sebarang produk lain. Anda dikira bersetuju untuk membelinya sebaik sahaja anda membayar sejumlah harga yang telah ditetapkan.

4. Ganjaran / komisen affiliate
Kami menawarkan program affiliate (members get members) dimana kami memberikan anda sebahagian hasil jualan kepada anda sebagai ganjaran anda memperkenalkan produk/perkhidmatan kami kepada pelanggan lain. Walaubagaimanapun anda tidak diwajibkan untuk sertai program afilliate kami.

5. Upgrade membership
Anda ditawarkan untuk upgrade keahlian anda dimanna lebih banyak produk digital yang anda boleh akses

Pihak kami berhak untuk mengubah & menukar pelan ganjaran dan cara pembayaran demi kebaikan semua pelanggan kami.

6. Skim Piramid / Skim cepat kaya / Investment

Lockdown20 TIDAK SAMA SEKALI menawarkan skim cepat kaya,skim piramid atau investment. Segala pendapatan dan komisen yang akan anda perolehi adalah bergantung kepada usaha anda sendiri. Anda tidak akan mendapat apa-apa ganjaran komisen sekiranya anda hanya duduk diam. Lockdown20 juga tidak menawarkan sebarang investment dan tiada pulangan tetap yang akan dijanjikan

Segala ilustrasi dan pelan ganjaran yang ditunjukkan adalah sebagai contoh semata-mata dan komisyen yang akan and a terima bergantung kepada usaha anda sendiri. Kami tidak memberikan sebarang jaminan bahawa anda akan menerima sekian jumlah komisyen dan komisen yang anda akan dapat adalah bergantung kepada usaha anda sendiri. Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawab sekiranya anda gagal mencapai sasaran pendapatan yang dikehendaki.

7. Kesilapan Maklumat
Sebagaimana kami mengambil tanggungjawab terhadap kesemua kesahihan maklumat di website, dari masa ke semasa mungkin terdapat beberapa maklumat di laman web atau di dalam maklumat penjualan, bahan promosi, invois atau sebarang maklumat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak syarikat yang mungkin mengandungi salah eja, ketidak ketepatan atau kesalahan dalam maklumat produk & perkhidmatan serta pelan pemasaran.

Pihak syarikat berhak untuk membetulkan mana-mana kesilapan, ketidak ketepatan atau kesalahan atau mengemaskini sebarang maklumat tanpa memberi notis ( termasuk selepas penjualan) tanpa sebarang liabiliti terhadap pihak syarikat Pihak syarikat tidak akan terikat dengan mana-mana ketidaksahihan maklumat yang terdapat di laman web ini atau di mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh pihak syarikat.

Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menerima maklumat yang salah dari pelanggan kami yang lain.

8. Liabiliti
Segala maklumat yang anda perolehi dari produk digital kami adalah dari pihak ketiga dan kami tidak bertanggungjawab denagn sebarang isi kandungan maklumat tersebut. Anda digalakkan untuk merujuk kepada sumber lain sebelum anda membuat sebarang keputusan atas saranan kandungan didalam maklumat produk digital tersebut.

Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab keatas sebarang kerugian yang dialami ketika menggunakan website ini.

9. Tanggungjawab Sebagai Pelanggan
Anda sebagai pelanggan perlu menjaga nama baik Lockdown20 dan anda tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan yang boleh memburukkan dan menjejaskan nama Lockdown20. Segala permasalahan yang timbul hendaklah dirujuk kepada pihak syarikat terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang tindakan. Pihak syarikat akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik.

10. Hak Cipta
Laman sweb Lockdown20 dan kandungannya adalah hak cipta terpelihara. Kandungan di laman web dan laman web sendiri merupakan hak milik terpelihara dan tidak boleh digunakan oleh pelawat laman web.

11. Keselamatan
Sebarang maklumat anda akan melalui keselamatan pelanggan layar menggunakan SSL (secure socket layer) teknologi enkripsi yang merupakan piawaian industri. Anda juga sebagai pelanggan tidak dibenarkan sama sekali menceroboh mana-mana bahagian dalam website yang telah ditetapkan termasuk memasuki laman ahli lain tanpa kebenaran

Anda juga perlu menjaga maklumat anda seperti katalaluan dengan selamat. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiaranya laman ahli anda dicroboh oleh pihak lain.

 

12. Perlanggaran mana-mana syarat dan terma yang telah ditetapkan
Anda hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan syarat dan terma yang telah ditetapkan. Pihak syarikat berhak menyekat atau menghalang anda dari menggunakan, mengakses atau menarik bali ksegala komisen dan faedah sekiranya anda melanggar syarat dan terma yang telah ditetapkan.

 

Pihak syarikah berhak untuk menambah atau mengubah sebarang syarat & terma demi kebaikan semua pihak tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sebarang maklumbalas dan permasaalahan boleh emailkan kepada pihak syarikat di admin [@] iklanviral.net..